Monday, June 30, 2008

Majlis Peguam Perlu Minta Maaf Kepada Orang Melayu

Merujuk kenyataan akhbar yang telah dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan isu Kontrak Sosial yang baru-bari ini didebatkan secara terbuka oleh Majlis Peguam.
[Berita ini dipetik dari Utusan On-Line hari ini - 30 Jun 2008] - Sila Klik Di Sini! untuk membacanya.

Justeru itu sebagai anak melayu yang "marah" dan "terasa di hina" apabila hak-hak dan ketuanan kami disentuh dan dibicarakan dalam forum terbuka yang membincangkan soal "Kontrak Sosial" yang di anjurkan oleh Majlis Peguam pada hari Sabtu lepas iaitu pada 28hb Jun 2008 yang berlangsung di Auditorium Majlis Peguam ingin menegaskan supaya mereka-mereka yang terlibat di dalam menganjurkan majlis ini supaya - membuat "Permohonan maaf secara terbuka" kepada semua orang melayu dan masyarakat lain yang ada dinegara ini mengenai isu-isu yang telah disentuh di dalam majlis tersebut.

Ini kerana Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga wakil dari orang melayu juga telah melahirkan rasa bimbangnya serta tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa ingin memastikan rakyatnya hidup aman, damai dan bersatu padu tanpa ada rasa syak wasangka sesama agama dan bangsa yang ada di negara ini. Beliau juga menyatakan ketidak-layakkan ahli-ahli panel yang terlibat dalam isu ini membincangkan hal-hal berkenaan hak dan kedudukan orang melayu di negara ini.

Permohonan maaf ini juga adalah sebagai tanda menyesal dan berjanji yang ianya tidak akan berulang lagi dimasa hadapan. Itupun sekiranya Majlis peguam sentiasa menghormati serta menyokong apa jua keputusan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan Malaysia hari ini dan kenyataan yang beliau keluarkan dan nyatakan.Beliau juga menegaskan bahawa kontrak sosial dan ketuanan Melayu itu telah dipersetujui bersama oleh pemimpin dan rakyat pelbagai kaum sejak negara merdeka.Menurut beliau lagi belum pernah terjadi lagi akan keberanian kumpulan tertentu mempertikaikan dan mempolitikkan isu ini. Andalah (Majlis Peguam & Panel yang terlibat) satu-satunyer kumpulan paling berani mempertikaikannya setelah negara ini merdeka sejak hampir 51 tahun.

Sekiranya Permohonon maaf ini telah di buat. InsyaAllah saya yakin bahawa semua rakyat dinegara ini terutamanya orang melayu akan bersedia memaafkan sekiranya permohonon maaf itu lahir dari penyesalan atas apa yang berlaku, dari keikhlasan dan kejujuran mereka terhadap orang melayu itu sendiri dan juga mengakui akan hak-hak dan ketuanan melayu di negara ini.

Sekian. Terima kasih. Silakan yang arif !

Yang Benar,
Anak Melayu Petaling Jaya

Untuk laporan berkenaan isu ini - sila baca laporan dari blog : BigGuy dan Sakabangsa





Read more on this article...

Khairy Bersuara Isu Anuar Ibrahim - Suatu Konspirasi Atau ?

Berikutan Isu yang sedang panas lagi hangat berkenaan "isu liwat oleh Saudara Anuar Ibrahim" seperti yang terpampang di TV dan suratkhabar semalam. Saya telah membuka satu topik baru di forum mykmu (Sila Klik di sini!) untuk dibincangkan bersama-sama. Perasan atau tidak, saudara Khairy ini mendahului kenyataan Pak Lah selaku Perdana Menteri Malaysia. Di sini juga saya lampirkan isi topik saya itu seperti dibawah ini :

Semenjak Kerajaan Barisan Nasional (BN) hampir-hampir kalah pada pilihanraya lalu, Sikap Brother Khairy Jamaludin (BKJ) ini di lihat seperti low profile dan tidak sehebat yang di pertonjolkan dulu. Beliau sedar dan tahu akan pendapat serta pandangan umum terhadap dirinya. Begitu juga akan-rakan seangkatan dengannya semuanya diam membisu sekarang ini. Tetapi beliau akan keluar dari tempat persembunyiannya (mungkin lagi canggih dari tempat persembunyian Sadam Husin) apabila sesuatu isu ataupun kenyataan bersifat "politik" ingin diutarakan dan lagaknya seperti Hero yang ingin menyelamatkan manusia . Contohnya seperti - akibat sabotaj punca kekalahan BN - Dedahkan penyata kira-kira Petronas dan isu kenaikan harga minyak - Bertanding atau Tidak kerusi Ketua Pemuda dan Sokongan Hebat yang di terimanya - Pendedahan bahawa Anuar Ibrahim akan melantik Yong Teck Lee sebagai Timbalan Perdana Menteri nya nanti - Penglibatan dalam kes Altantuya setelah Raja Petra Kamarudin mengishtiharkan Perjanjiann Bersumpahnya - Ataupun Sila Baca Di Sini ! ATAUPUN pergi ke Utusan Online - Arkib Berita - Taip Nama Khairy Jamaluddin - tekan butang "search" untuk mendapatkan semua sekali senarai penglibatannya yang memerlukan dia bersuara dan menyatakan pandangan peribadi beliau. semua isu-isu ini sangat penting dan mendapat perhatian rakyat amnya.

Dan yang terbaru isu Anuar Ibrahim. Bagi saya biarlah isu ini di siasat dan ditentukan oleh pihak berkuasa dan seterusnya hakim jika kes ini dibawah ke mahkamah kelak. Sebagai rakyat, kita jangan cepat melatah, Membuat andaian yang macam-macam, membelakangi undang-undang dan berserah kepada tuhan akan sesuatu kebenaran.Ini hanyalah "mainan" dan asam garam berpolitik. Antara mereka sahaja yang tahu. Dan lagi satu Tuhan Maha mengetahui, Tidak perlu kita mendahului Tuhan dalam menentukan apa jua keputusannya. Bukan lah niat saya ingin benar2 mempertahankan Anuar Ibrahim ini. Bukan ada tali persaudaraan pun dengan saya. Bukan pernah menjadi sahabat karibnyer pun malah bukan pernah menjadi mangsa liwatnya itu. Sumpah dengan nama Allah.

Tetapi Persoalannya, Benarkah ataupun Logikkah penglibatan BKJ ini terlibat secara direct ataupun indirect dalam mengatur sesuatu rancangan ataupun sesuatu tujuan yang terancang dalam menentukan sesuatu 'misi yang tak mustahil boleh berlaku' mengikut arahan atau kuasa yang ada pada pihak tertentu? Mari kita sama-sama bincangkan. Mungkin semua orang kenal dengan BKJ ini dan mungkin baru yang mengenali beliau. Dan ada juga berkenaan maklumat mengenai perhubungan BKJ dengan Sdr Anuar Ibrahim ini. Jom kita huraikan dan"Baraikan"! Komen anda juga sangatlah diharapkan untuk memberi respon kepada persoalan saya ini.

Itu saja persoalan saya, memandangkan kebencian saya pada BKJ ini begitu amat tinggi sekali tahap gaban. Ini kerana saya juga sentiasa memerhatikan perkembangan beliau semenjak dia menjadi menantu Pak Lah hinggalah ke hari ini. Dan tak sanggup rasanya menunggu hingga beliau dijadikan Perdana Menteri Malasyia pada suatu hari nanti. Mari kita nilaikan bersama-sama. Terima kasih.

Yang benar,
AkuBenciPaklah


(BKJ) - "B" itu juga boleh ditakrifkan bermacam-macam ayat untuk mengantikan perkataan Brother yang aku guna. (Walaupun usia aku sama dengan beliau). Ikut suka hangpa lah nak panggil apa.Aku tetap aku.
Read more on this article...

Wednesday, June 25, 2008

50 Sebab - Kenapa Aku Benci Paklah?

1) Tidak menghormati serta menolak nasihat dan teguran oleh Negarawan Negara iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin lain. Atas sikap inilah pemimpin-peminpin lain juga telah bersikap kurang ajar dan biadap serta memperkecil-kecilkan kewibawaan Tun Dr. Mahathir seperti Nazri Aziz, Musa hitam, Shabery, Zaid ibrahim dan lain-lain lagi.

2) Penglibatan Ahli Keluarga terutama anaknya Kamaludin dan menantunya Khairy Jamaluddin di dalam menentukan dasar dan keputusan pentadbiran Pak Lah. Semua menteri tahu berkenaan hal ini dan mereka takut menyuarakannya dan mengambil sikap berdiam diri.

3) Mempunyai “Penasihat Tingkat 4” yang kurang cerdik lagi bodoh sombong. Mereka ini terdiri daripada orang-orang yang terdiri dari mereka yang "bijak pandai", "pemikir" dan "berilmu tinggi" yang mendapat kelulusan dari University Oxford, Cambridge dsb. PM tidak memerlukan mereka yang berkelulusan dari Universiti dari dalam negara kita. Hebat-hebat mereka ini.

4) Beliau tidak membenarkan ahli-ahli umno menegur serta mengkritik beliau. Sekiranya ada, mereka akan dikenakan tindakan, diugut ataupun dipecat. Mereka juga sanggup mempergunakan pegawai keselamatan kita seperti polis, FRU dan BPR untuk bertindak kepada mereka-mereka yang berani.

5) Tidak fokus dan mendapat maklumat tidak tepat tentang kepercayaan rakyat kepada beliau terutamanya ahli akar umbi UMNO semasa Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) yang lepas.

6) Kerajaan BN kalah teruk, sehingga hilang 6 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) kepada pembangkang – sesuatu yang memalukan dan mengaibkan Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO.

7) Paklah selalu membuat keputusan yang berubah-ubah (Flip-flop). Sekejap ada sekejap tiada. Sekejap tiada sekejap ada. Jawapan yang selalu keluar dari mulutnya seperti " I dont know!" dan " I'm not involved!.

8) Terlalu banyak membazirkan wang rakyat untuk kepentingan peribadi seperti mengubahsuai rumahnya di Sri Perdana bernilai RM15.81 juta (seperti yang dilaporkan oleh balaci beliau nazri Aziz di parlimen), dan menganjurkan parti sosial bersama kroni-kroninya di rumahnya dengan kehadiran semua ahli keluarganya meraikan bersama-sama. Turut hadir adalah bos pasukan F1 Ferrari Jean Todt dan tunangnyer Michele Yeoh.

9) Membatalkan Projek Jambatan Bengkok (menggantikan jambatan sedia ada di sebelah tambak johor) yang sedang dalam pembinaan dan Projek Landasan Berkembar Keretapi Laju yang ditangguhkan. tapi sekarang kedengaran projek ini akan disambung semula. Yang nyata kos pembinaan dan perlaksanaannya meningkat 100% (seperti lapuran dari chedet.com) apabila dimulakan kelak.

10) Hilangnya kedaulatan negara berkenaan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Mengikut Sultan Johor Pulau Batu ini adalah hak milik kita, tetapi apakan daya akhirnya jatuh ke tangan Singapura. Dan kita "dihadiahkan" Batuan Tengah (Midle Rock).Win-win situation katanya.


11) Penglibatan Khairy Jamaludin dan Kalimullah dalam kes ECM Libra - Pengabungan dengan Avenue Capital. Ibarat syarikat kecil menelan syarikat besar. Setelah di bongkar kegiatannya, dengan cepat beliau menjual saham-sahamnya di dlam ECM Libra dan memperolehi keuntungan berjuta-juta ringgit.

12) Penglibatan Kamaludin dalam penganugerahan kontrak secara terus dari Petronas kepada SCOMI. Dimana Scomi lah satu-satunya syarikat yang diluluskan oleh kerajaan untuk membekalkan minyak penggerudian (drilling fluid) kepada semua syarikat-syarikat carigali yang menggali dan mencari minyak di lautan negara kita.

13) Memecat Tan Sri Mahalel sebagai CEO Proton yang dianggap berjaya membawa keuntungan kepada proton dan melantik orang yang tidak punya apa-apa pengalaman dalam industri ini.

14) Penjualan MV Agusta (Milik Proton) kepada Gevi Spa dengan harga 1 euro - Beli dengan harga RM315 juta (70 juta euro)dan menjualnya dengan harga RM4.50 sahaja. Dan bukannya RM4.50/unit saham.

15) Indek jenayah meningkat akibat ketidakseimbangan sosio-ekonomi negara. contohnya Kes Nurin Jazlin serta Kes Sharlini dan Asmawi yang sehingga kini masih belum selesai.

16) Penglibatan Pak Lah dalan scandal “Oil for Food” dengan Iraq. Program dimana pertukaran makanan dengan minyak dengan negara Iraq. Oleh Syarikat yang dimiliki oleh Kakak iparnya.

17) Menubuhkan Islam Hadhari yang nyata lari dari landasan “Islam” yang sebenar.

18) Penyelewengan Wang Ehsan Terengganu kepada Patrick Lim (Patrick Badawi) seperti penganjuran Monsoon Cup, Pembinaan Masjid Kristal, Perkampungan Hadhari dsb. Siapakah Patrick Lim ini? Patrick Lim adalah bapa saudara kepada Azrene Abdullah, isteri kepada Kamaluddin, anak PM Malaysia. Jadi Patrick Lim adalah bapa saudara kepada menantu Pak Lah yang bernama Azrene.

19) Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia yang memihak kepada kepentingan singapura. Namanya pula sudah 3 kali di tukar ganti. Kepentingan bumuputera juga diabaikan. Kerajaan juga berkali-kali menukar polisi pelaburan di WPI ini atas desakan rakyat.

20) Tidak menunjukkankan keprihatinan atau tindakan segera kepada nasib malang rakyat yang mengalami sesuatu bencana seperti banjir, tsunami dan kes hilang anak. Seingat saya kes sharlinie dan aswawi ini tidak tidak datang menjenguk dan begi semangat cuma menghantar "first lady"nya sahaja serta pemimpin-pemimpin yang prihatin kepada nasib rakyatnya.

21) Menaikkan harga petrol dan diesel dengan terlalu tinggi hingga menyusahkan rakyat yang berpendapatan rendah semenjak mengambil alih tampuk pemerintahan dari Tun Dr Mahathir.

22) Tidak memainkan peranan yang besar dalam OIC semasa malaysia mempengerusikan mesuarat OIC. Tidak berani bersuara langsung.

23) Pemberian kontrak secara runding terus daripada Kerajaan kepada kroni-kroninyer sahaja tanpa tender terbuka ataupun dengan tender terbuka.

24) Menubuhkan GLC di bawah kementerian kewangan untuk menyelia dan mentadbir berkenaan projek-projek di bawah RMK-9 seperti Pembinaan BLT , Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad, dsb. Bukankah Kementerian Kewangan ini dibawah Pak Lah. – Disinilah antara tempat kroni menagih projek-projek.

25) Penglibatan Anak Syarikat Scomi, Scope dalam penghasilan centrifuges untuk membuat senjata nuklear melalui agennya BSA Tahir (Dia di tahan dibawah ISA dan kini dikhabarkan dbeliau telah bebas)

26) Kenaikan harga barang pengguna yang tidak terkawal hari ke hari sehingga menyusahkan rakyat. Dan adakalanya sampai stok tiada di pasaran. seperti minyak, gula, tepung dsb.

27) Membuatkan menteri-menteri serta ahli Umno menjadi takut untuk menegur kepimpinan beliau walaupun mereka tahu akan kesalahan dan kesilapan beliau. Cari makan katakan.

28) Indek rasuah dilaporkan meningkat dari tahun ke tahun. Rasuah di mana-mana. Untuk jadi pemimpin pun kena memberi rasuah. MasyaAllah.

29) Kaum lain mengambil kesempatan di atas kelemahan beliau untuk menuntut hak mereka yang dianggap keterlaluan. – contohnya Hindraf.

30) Segala ucapan dan mesej beliau kepada rakyat tiada isi dan tidak menarik minat orang ramai mendengarnya. Hanya membaca teks yang telah disediakan. Bosan.

31) Tidak mempunyai “aura” sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan berwawasan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

32) Selalu menafikan sesuatu perkara yang akan berlaku dan akhirnya berlaku juga – “Denial Syndrome”

33) Pemberian kontrak membekal bas kepada SCOMI untuk dibekalkan kepada Syarikat Prasarana Negara untuk RapidKL dan Rapid Penang.

34) Tidak menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir dengan jelas dan berfakta. Sampai sekarang diam membisu. Dan juga tuduhan-tuduhan terbaru di laman blog chedet.com.

35) Suka "Tidur" dan selalu menguap semasa sesi penerangan dan majlis-majlis tertentu.

36) Selalu mengambil cuti untuk ke Perth, Australia bersama anak dan cucu-cucunya walaupun rakyat di dlam kesusahan semamsa banjir yang berlaku di johor tahun lepas – Kampung kedua selepas Pulau Pinang.

37) Tidak peka dan tidak berani memberi tekanan kepada kuasa luar di atas tindakan mereka menindas dan menyerang umat islam di seluruh dunia.

38) Tidak mengambil langkah drastik untuk merangsangkan kedudukan ekonomi negara yang agak perlahan dan tidak bermaya ini.

39) Peluang pekerjaan yang terhad dan jumlah penggangguran yang tinggi.

40) Mengatur dan melantik wakil-wakil calon untuk diketengahan semasa penamaan calon PRU12. Orang lama digugurkan tanpa sebab.

41) Melindungi dan menafikan akan penglibatan menteri serta orang berkepentingan yang mempunyai rekod buruk ataupun rasuah.

42) Memberi peluang DAP (parti bukan Melayu) menawan Pulau Pinang iaitu negeri kelahirannya.

43) Menghapuskan subsidi minyak dan digantikan dengan pemberian rebat tunai yang mungkin akan melibatkan penyelewangan di bawah POS Malaysia.

44) Dasar yang diutarakan sentiasa berubah-ubah akibat tiada membuat kajian yang mendalam dan adakalanya bertindih dengan keputusan menteri-menteri lain.

45) Mengawal media-masa di bawah pengaruh Kalimullah untuk kepentingan politik Pak Lah yang Terlampau. Dia ini lah yang dikatakan “Spin Doctor” oleh Tun Mahathir.

46) Memecat Ketua Editor Melayu Di NST yang dimiliki oleh UMNO dan diganti dengan Brendan Parera. (akhirnya diberhentikan juga atas desakan)

47) Membenarkan Kapal perang Amerika berlabuh Di Pelabuhan Kelang semasa Perang Iraq.

48) Memberi kontrak secara runding terus kepada Patrick Lim (Patrick Badawi) berkenaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang dan Sistem Monorel di Pulau Pinang

49) Pihak Kerajaan membayar ex-gratia kepada Tun Salleh Abbas dan bekas-bekas hakim lain sebagai tanda memohon maaf bagi pihak kerajaan. Jumlahnya juga dirahsiakan untuk pengetahuan umum.

50) Pembelian pesawat peribadi (yang dikatakan disewa dan diselengagarakan oleh PMB) yang menelan kos sebanyak hampir RM200 juta .



Read more on this article...

Tuesday, June 24, 2008

Memperhebat dan Memperkasakan Melayu

Akhirnya amaran serta peringatan kepada bangsa melayu berkenaan nasib melayu hari ini dan untuk masa hadapan telah disampaikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di akhbar-akhbar semalam (Baca Di Sini!). Di blog ini juga sebelum ini telah memaparkan mengenai isu Nasib Melayu bertajuk " Melayu Akan Menjadi Pengemis Di Negara Sendiri". Syukur kerana nasib melayu akan datang mendapat perhatian dari seorang Raja demi melihat bangsanya maju dan menjadi "Tuan" di negara sendiri. Titah baginda ini juga haruslah diperhalusi dan dikaji oleh pihak-pihak tertentu akan kebenarannya dan seterusnya mengambil tindakkan segera untuk memperhebatkan dan memperkasakan bangsa melayu ini.

Orang Melayu seharusnya menerima dan memikirkan mesej baginda ini secara positif dan mengakuinya serta mengubah sikap masing-masing terlebih dahulu untuk mempersiapkan orang melayu supaya kuat dan menjadi "tuan" di negara sendiri. Mesej baginda ini juga harus mendapat perhatian kepada pemimpin-peminpin yang terdiri dari orang melayu sendiri. Mereka inilah yang dapat memimpin dan melaksanakan apa yang sepatut mereka lakukan demi bangsa melayu keseluruhannya. Tanpa tindakan dan kesedaran mereka ini nescaya apa yang dititahkan oleh baginda ini kelak akan benar-benar menjadi kenyataan. Sedarlah wahai pemimpin-pemimpin melayu hari ini, janganlah memikirkan pangkat dan kekayaan masing-masing semata-mata tapi tugas anda adalah lebih dari itu iaitu memperjuangkan serta memperkasakan bangsa melayu di negara ini supaya mereka ini dapat mempertahankan hak dan mengusai sendiri negara mereka ini.

Perjuangan orang melayu hari ini bukanlah seperti hendak berperang dan membantah dengan pihak british, komunis dan jepun seperti sebelum ini. Tapi perjuangan orang melayu hari ini mestilah jelas dan nyata untuk "memperhebatkan" dan "memperkasakan" keseluruhan orang melayu sendiri. Pada pendapat saya inilah perjuangan yang kita perlu "hidupkan" dan tegakkan pada hari ini. Jangan biarkan orang melayu ketinggalan di belakang, bawalah mereka keluar dari kemiskinan yang mereka alami, tunjukkanlah mereka peluang yang ada demi kepentingan orang melayu hari ini dan berikanlah segala kemudahan dan ilmu yang berguna untuk mereka tempoh hari-hari yang mendatang.

Sekarang ini bermacam-macam persatuan, gabungan, dan dewan-dewan perniagaan untuk membantu dan memberi peluang kepada orang melayu. Persoalan saya, adakah mereka ini berjaya atau mencapai matlamat membawa orang melayu keluar dari kepompong kemiskinan? Adakah mereka berjaya dan mencapai matlamat untuk membawa dan mendorong orang melayu supaya berniaga dan menjadi pedagang? Kesimpulannya saya rasa belum cukup kuat matlamat dan kesediaan mereka-mereka ini membantu orang melayu. Melainkan mereka-mereka ini sibuk mengagih-agihkan dan merayu simpati dari orang lain untuk mendapat kepentingan mereka dan kroni-kroni mereka sahaja dan tidak lupa juga mengenai pengaruh politik yang kuat didalamnya. Maafkan saya dengan kenyatan saya ini. Mungkin penubuhan awalnya mereka begitu bersemangat dan berjiwa melayu tapi setelah apa yang mereka telah dapat dan nikmati, mereka telah lupa dan lalai dalam perjuangan mereka. Hari ini kita lihat peranan persatuan-persatuan, gabungan-gabungan, dewan-dewan yang mengandungi istilah "melayu" ini longlai dan sepi untuk meneruskan dan memberi peluang kepada orang-orang melayu khususnya. Tanyalah sama mereka apa yang mereka telah buat hari ini. Berjayakah? kurang berjaya? ataupun tidak berjaya langsung?.

Dan ingatlah orang-orang melayu semua sebenarnya perjuangan untuk "memperhebatkan" dan "memperkasakan" orang melayu ini tidak akan tamat dan selesai hingga akhir zaman.

Read more on this article...

Sunday, June 22, 2008

LAPORAN - FORUM " HARAPAN MALAYSIA" DI IPOH

Tun Dr. Mahathir begitu bersemangat ketika menyampaikan ucapannya
Perjalanan pagi semalam, sungguh menarik. Saya dan sahabat saya Mr. Styloo awal-awal pagi lagi telah bertolak ke Ipoh, Perak untuk mendengar dan memberi sokongan padu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan berucap di “Forum Harapan Malaysia” - Ipoh.

Majlis berlangsung di Dewan Bulan Sabit Merah, Ipoh iaitu berhampiran dengan Stadium Perak. Jadual acara majlis seperti yang diberitahu bermula pada pukul 10.00 Pagi. Pada awalnya kami merancang untuk ke Ipoh ini pada pukul 8.00 pagi tapi biasalah kita mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. Akhirnya perjalanan kami bermula pada pukul 9.00 pagi, ianya agak lewat sedikit. Jangkaan kami perjalanan kami ke Ipoh akan mengambil masa selama 2 jam seperti biasa yang pernah saya lakukan. Apa lagi tekan habis pedal minyak sampai tak ingat had laju dah. Biasa ler “keter power”. Akhirnya kami sampai juga ke tempat yang kami ingin tuju pada pukul 10.30 pagi. Kami lihat banyak deretan kereta berhampiran dewan itu. Agak jauh juga kami parking kereta power ni. Jauh jugalah berjalan hingga sampai ke pintu dewan.

Terdapat juga ramai anggota polis yang mengawal lalu lintas di situ, Alhamdulillah ia nampak terkawal. Diluar dewan terdapat khemah-khemah serta skrin-skrin televisyen disediakan di luar dewan bagi mereka yang tidak dapat duduk di dalam dewan kerana penuh sesak dengan manusia di dalamnya. Yang berdiri pun ramai. Ramai juga orang Perak datang , tidak kira tua, muda, kanak-kanak, melayu, cina, india, sikh, dll. Dalam hati saya berasa sungguh bangga bercampur gembira melihat kehadiran mereka di sini semata-mata untuk mendengar sendiri ucapan dan amanat dari YAB Tun Dr Mahathir sendiri. Walaupun diberitahu terdapat beberapa halangan besar untuk menjayakan majlis ini. Lebih membanggakan saya dan juga rakan-rakan lain (yang datang dari luar negeri perak) keberanian penganjur menganjurkan majlis ini untuk memberi penjelasan lanjut dan penerangan kepada rakyat tentang situasi politik tanahair tercinta ini serta kesanggupan mereka “melawan arus” untuk menyusun langkah seterusnya. “Tahniah dan Syabas” kepada mereka yang terlibat menjayakan majlis ini.

Saya difahamkan Forum “Harapan Malaysia” yang dianjurkan oleh Cawangan UMNO Tasik Tanjung Belanja, Bahagian Parit, Ipoh, Perak yang diketuai oleh ketua cawangannya sendiri iaitu saudara Zaini Ismail. Majlis itu juga turut dihadiri oleh ADUN Sungai Rapat, Puan Hamidah Osman. Selain itu Tun Dr Siti Hasmah kelihatan juga ‘Otai UMNO’ yang lain seperti Tan Sri Sanusi Junid & isteri, Dato’ Paduka Ibrahim Ali dan rakan-rakan, Dato’ Kamal Amir, Dato’ Haji Yahya Shafie & isteri dan juga beberapa pemimpin UMNO peringkat bahagian negeri perak dan juga ramai lagi yang saya tidak dapat sebutkan di sini. (maaf kerana saya masih baru dalam bidang penulisan blog dan banyak lagi yang perlu dibaiki...)

Sungguh terharu dan rasa bangga saya kerana dapat melihat dan menyaksikan keberanian dan semangat juang yang tinggi yang ada pada meraka. Saya berkata demikian kerana dapat mendengarnya sendiri bagaimana mereka meluahkan perasaan kecewa, marah dan ketidakpuasan hati masing-masing terhadap kelemahan, kerakusan dan kelembikan pimpinan tertinggi kerajaan kita sekarang ini dan ketakutan untuk bersuara oleh pemimpin2 lain di bawah kepimpinan Pak lah ataupun "Parti Paklah & Keluarga" (bukan lagi parti Umno seperti yang disebut oleh Tun Dr Mahathir dlm ucapannya pagi itu).

Acara dimulakankan dengan bacaan doa, lagu Negaraku dan juga lagu rasmi UMNO. Ini biasalah “Standard of Procedure (SOP)" untuk setiap majlis UMNO. Tapi sampainya kami di dalam dewan tersebut acara mendeklamasikan sajak oleh seseorang yang saya panggil “kakak” (nama tak ingat..akan cuba update disini) mendendangkan dengan penuh semangat dan beremosi hingga saya tengok segelintirnya meleleh-leleh airmata mereka pagi tu termasuklah “kakak ni” (InsyaAllah saya akan mendapatkan nama sebenar dan sajak tersebut untuk tatapan pengunjung di blog saya ini. Yang lain tu nampak khusyuk dan sebak jugaklah. Mengikut kata hos pada majlis tu (saya panggil “kakak” jugak lah!) sajak itu adalah hasil nukilan beliau dan seterusnya menghadiahkan kepada Negarawan Ulung kita iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Bab kakak baca sajak habis.- Diharap kepada “kakak” ni semoga dapat mendidik dan menyedarkan anak bangsa kita supaya cinta kepada agama, bangsa dan tanahair yang tercinta ini memandang tanggungjawab beliau sebagai seorang pendidik (Tidak ingat di Universiti mana..nanti saya update disini)

Kemudian diikuti ucapan dari wakil penganjur majlis tersebut iaitu saudara Zaini Ismail. Nampak begitu bersemangat serta kelantangannya menyuarakan rasa yang terbuku dihati dan menyedarinya jika dia tidak memulakan langkah ini, maka kerisauannuya melihat parti keramat UMNO ini akan berkubur akibat kelemahan pemimpin tertinggi dan kemungkinan terlepas ke pihak lawan - Barisan Rakyat, pimpinan saudara Anuar Ibrahim – yang akhir-akhir ini begitu kuat membuat propaganda akan menjatuhkan serta merampas kuasa dari "Kerajaan Paklah & Co" ini. seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 dan seterusnya cadangan bakal TPM pula sudah disebut iaitu bakal bekas Presiden SAPP Dato Yong Teck Lee oleh “si lahabau” ni ( Baca Sini ! ) .

Terus terang saya katakan bagi saya, saya tidak terkejut langsung dengan kenyataan “si lahabau” ni. Yang tersiratnya di sini bagi saya, dia membuat kenyataan ini bagi pihak saudara Anuar Ibrahim kah? ataupun pihak lain kah? Miliki kuasa dalam menentukan kedudukan tertinggi kerajaan Anuar Ibrahim kelak kah?. Adakah dia juga ingin menguji kita dengan sintemen perkauman?. Tidakkah nanti orang melayu (baik pihak kerajaan ataupun pembangkang, janji melayu dan agamanya islam) akan mempertikaikan kedudukan jawatan TPM adalah dilantik dari kalangan bangsa lain selain orang melayu!. Dimana saya sangat percaya dan yakin bahawa 2 kerusi peringkat tertinggi ini seharusnya dikekalkan kepada bangsa melayu/Islam yang lain hingga dunia kiamat nanti. Waallahuallam.. Tapi “si lahabau” ni dah banyak buat hal. Sampai bila? Tunggu sahaja “kebenarannya” nanti. Thats All ! Enough is Enough!

Pada pendapat saya, syarat ini bukan bermakna pihak kerajaan akan mengabaikan kedudukan dan hak-hak kaum lain di malaysia ini. Mereka juga perlu diberi pemerhatian kerajaan dan mencari penyelesaian bersama dalam menyelesaikan isu-isu kaum lain di Malaysia ini. Penerimaan majority kaum di Malaysia ini telah terbukti melalui proses pilihanraya sebelum ini yang mana kerajaan mendapat mandat penuh melebihi 2/3 majoriti undi daripada rakyat Malaysia amnya yang berbilang bangsa dan agama di negara ini. Masalah perkauman ini sebenarnya adalah isu lapok . Rakyat diperbesarkan dengan isu ini supaya rakyat terpengaruh dan membuat rakyat bertelingkah sesama sendiri.. Apapepun sejarah sudah mencatatkan tentang kejadian dan ‘pengalaman’ rakyat mengenainya. (saya akan ulasnya di posting akan datang – bertajuk “Isu Perkauman Isu lapok” – Insyaallah jika diizinkan. Untuk makluman anda juga diakhir ucapan, beliau telah “mengisytiharkan” dirinya untuk bertanding kerusi Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia (jika saya salah dengar sila betulkan) pada pemilihan Disember ini.

Kemudian acara kemuncaknya ialah ucapan dari YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mengenai ucapan YAB Tun Dr Mahathir secara terperinci dan tepat di dalam majlis ini, anda boleh mengikutinya di laman blog Biggum Dogmannsteinberg ( Baca Sini ! )

Saya merasakan rakyat negeri Perak yang hadir telah mendapat "mesej" serta penerangan yang jelas berkaitan isu semasa politik mutakhir ini dan Harapan Malaysia seterusnya daripada YAB Tun Dr. Mahathir. Apabila sesi soal jawab dimulakan, kelihatan beberapa orang sudah bersedia dengan soalan-soalan yang ingin ditujukan kepada YAB Tun dr Mahathir. Segala soalan daripada orang ramai telah di jawab. Antara isu-isu yang dijawab oleh YAB Tun Dr. mahathir ialah isu berkenaan :-

- SCOMI, MTrans dan RapidKL,
- NST sebagai Media UMNO dan peranannya,
- masalah kepimpinan cara Pak Lah menguruskan negara
– peranan ahli UMNO akar umbi dan pemimpin peringkat bahagian untuk memaksa PM meletakkan jawatan.
- siapa yang layak menjadi PM selepas paklah turun dari takhtanya
.

Mereka juga nampak puas hati dengan penerangan yang disampaikan oleh YAB Tun Dr Mahathir dan segala persoalan mereka kini terjawab. Seterusnya, masing-masing tidak ketinggalan mengambil kesempatan bersalam dan bergambar dengan YAB Tun Dr Mahathir dan YAB Tun Siti Hasmah sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan. Yang akan menjadi ingatan kepada mereka yang hadir pada pagi itu ialah soalan dan rayuan daripada Puan Hamidah Osman – ADUN Sungai Rapat ini ialah penjelasan beliau mengenai keberanian beliau hadir ke majlis tersebut serta kekalahan BN pada PRU12 yang lepas di kawasan beliau dan juga merayu kepada YAB Tun Dr. Mahathir agar kembali semula ke dalam UMNO. Sekali lagi mereka menitiskan air mata - terutamanya wanita.

Dalam pemerhatian saya juga tentang meningkatnya kesedaran rakyat terutamanya ahli Umno akar umbi di negeri Perak ini yang inginkan perubahan drastik di dalam kepimpinan UMNO yang ada sekarang ini. Di negeri Perak ini telah menyaksikan beberapa siri ceramah dan sesi penerangan dan perbincangan secara terbuka berkenaan dengan krisis kepimpinan dan masalah dalaman UMNO sendiri seperti di Teluk Intan sebelum ini dan seterusnya semalam di Ipoh yang dihadiri oleh YAB Tun Dr Mahathir, kemudiannya menyusul pula ceramah dan ucapan daripada Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) pada sebelah petangnya di Casuarina Hotel, Ipoh dan disambung sebelah malamnya “makan malam Bersama Ku Li” pula – dan hari ini 22 Jun (Ahad) , satu acara juga dijadualkan berlangsung di Teluk Intan dimana ahli panelnya ialah Tan Sri Sanusi Junid dan Dato Ruhanie Ahmad. – mesti best dengar dari ‘Otai UMNO’ ini tapi malangnya saya tidak dapat mengikutinya kerana ada kerja lain yang perlu diselesaikan . Banner berkaitan majlis inipun saya nampak semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur terletak di persimpangan jalan ke Teluk Intan melalui jalan lama.

Kesimpulannya di sini kebangkitan rakyat telah bermula dari seluruh pelosok Negara dimana Ahli akar umbi mendesak agar kepimpinan yang ada pada hari ini meletakkan jawatan dengan kadar segera supaya “Pelan Merawat UMNO” dapat dilaksanakan dengar segera dan dibincangkan bersama-sama ahli akar umbi dan di peringkat bahagian.

Sekian laporan saya yang agak terperinci sikit dan gambaran yang jelas kepada pengunjung blog saya ini mengenai majlis yang berlangsung di Ipoh pagi semalam dan mungkin membuatkan orang yang membacanya agak bosan kerana terlalu panjang isinya. Tapi inilah kesimpulan dari pemerhatian saya di Ipoh, Perak. Ampun dan maaf saya pinta dari semua jika penulisan saya ini agak tersasar dan terdapat kesalahan di dalam laporan saya ini. Sekali lagi - “ Tahniah & Syabas” kepada oghang perak.


TAMAT

(Laporan ini disediakan oleh : AMN )


Read more on this article...

Friday, June 20, 2008

Forum "Harapan Malaysia" Bersama Tun Mahathir


FORUM "HARAPAN MALAYSIA"

TETAMU KHAS :

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

TARIKH / MASA :

21 JUN 2008 (SABTU) - 10.00 PAGI

TEMPAT :

DEWAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH, IPOH, PERAK DARUL RIDZWAN

Read more on this article...

Wednesday, June 18, 2008

Melayu Akan Mengemis Di Bumi Sendiri? (Part III)


Hakikat di dunia ini sekarang yang biasa kita dengar dari dulu pepatah ini , “Yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin akan menjadi bertambah miskin”. Jangan kita lupa dan buat-buat lupa mengenai status kaya dan miskin ini. Bezanya hanyalah harta ataupun wang yang dimiliki oleh seseorang itu. Harta dan wang inilah yang menjadi jurang dan perbezaan manusia di bumi ini. Jika mereka mempunyai harta dan wang yang banyak ini maka apa bendapun mereka akan dapat. Hendak berniaga mereka boleh, hendak membeli rumah besar atau tanah mereka juga boleh, hendak hantar anak ke sekolah yang lebih baik mereka juga boleh. Hendak beli negara juga mungkin mereka boleh. Bagaimana nasib mereka yang miskin ini? Apa yang mampu mereka buat. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kerja siang dan malam dan kemudian menunggu gaji diakhir bulan. Malah wang yang mereka dapat inipun tidak dapat menampung keseluruhan perbelanjaan mereka.

Bagi yang terlalu miskin, walaupun terdapat bantuan kerajaan terhadap mereka, namun bantuan itu hanyalah dapat meringankan sedikit bebanan mereka dan sememangnya mereka sentiasa mengharapkan beberapa bantuan lain untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini. Jika tiada mereka-mereka ini akan dihantar ke Pusat Kebajikan ataupun rumah orang tua-tua.

Jika melayu hari ini masih leka dan masih tidak sedar akan perkembangan orang melayu itu sendiri nescaya seperti tajuk saya diatas iaitu “Melayu Menjadi Pengemis Di negara Sendiri” akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Dan mungkin sekali lagi melayu akan dijajah tetapi bukan melalu peperangan. Jajahan cara baru yang digunakan ini adalah melalui pengusaan ekonomi, politik dan sosial. Kesan dari jajahan cara baru inilah yang akan menyebabkan “Melayu akan hilang di dunia” jika kita tidak besungguh-sungguh mempertahankan Institusi Melayu ini.

Sebagai contoh, dari sebelum merdeka hinggalah selepas merdeka ini secara perlahan-lahan dan tanpa kita sedar perkataan melayu itu sendiri sudah di hilangkan dan digantikan dengan perkataan yang lebih liberal dan adil kepada semua kaum. Bukankah Malaysia dahulunya dikenali sebagai “Tanah Melayu” . Bukankah Utusan Malaysia hari ini dahulunya dikenali sebagai “Utusan Melayu”. Bank Bumiputra menjadi Bank of Commerce seterusnya dikenali sebagai CIMB hari ini. Mana perginya perkataan “Melayu” itu. Mungkin tidak lama lagi sebuah parti politik melayu yang begitu gah dan begitu perkasa hari ini iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ataupun UMNO juga akan hilang ataupun pupus buat selama-lamanya akibat kekalahan buruk mereka pada Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) yang lepas dan kelemahan para pemimpin yang ada pada hari ini. Dan mungkinkah selepas ini ia akan digantikan dengan Parti Keadilan Rakyat ataupun KEADILAN. Yang mana pemimpinnya berkata mereka bakal membentuk Kerajaan Persekutuan tidak lama lagi. Adakah ini akan terjadi? Sama-sama kita fikir baik dan buruknya peristiwa ini nanti.

Inilah hakikat nasib melayu hari ini. Bagi saya memang sepatutnya melayu berbeza pendapat sesama mereka baik dari segi politiknya di negara ini, malah bangsa asing dan manusia di dunia ini juga berbeza pendapat masing-masing. Tetapi orang melayu mesti mempunyai pendapat yang sama bagi memperjuangkan hak dan menentukan nasib orang melayu supaya menjadi bangsa yang maju, berjaya dan setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini pada masa akan datang terutamanya di tanahair sendiri.

Saya meminta maaf kepada mereka yang tersinggung dengan tulisan saya ini. Jika kenyataan saya ini terdapat kesalahan sila betulkan saya. Bukan niat saya untuk merendah-rendahkan martabat dan maruah bangsa saya sendiri. Dan juga tidak terlintas difikiran saya untuk membakar api kebencian orang melayu kepada bangsa lain dan sebaliknya. Saya menulis ini hanyalah sekadar untuk kita ingat-mengingati langkah dan hala tuju bangsa kita sebelum ini dan untuk seterusnya. Ianya juga adalah peringatan untuk diri saya sendiri khususnya orang melayu serta tanggungjawab bersama bagi memajukan bangsa kita sendiri. Saya yakin jika semua bangsa melayu di negara kita hari ini bersatu padu memperjuangkan serta mengubah daya dan tahap pemikiran yang ada pada kita hari ini, nescaya bangsa melayu akan menjadi bangsa yang mampu berdiri tegak dan sama tinggi disamping bangsa-bangsa lain yang maju yang ada di negara kita ini mahupun dunia luar. Dan yang pentingnya sebagai orang melayu dan juga beragama islam kita patut ingat dan tahu bahawasanya “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) itu melainkan kaum (bangsa) itu sendiri mengubah nasibnya”. Ayuhlah kita sama-sama memikirkan dan membantu orang-orang melayu lain yang ada di negara kita ini supaya mereka juga berjaya dan maju kehadapan tanpa meninggalkan mereka yang lemah ini dibelakang kita. Disamping itu kita juga tidak menidakkan hak bangsa lain di bumi bertuah ini. Kita juga mesti hormat-menghormati sesama kita tidak mengira pangkat, agama dan bangsa. Mereka ini boleh dijadikan kawan serta lawan untuk menaiktaraf kehidupan orang melayu hari ini.

Sekian.

Yang Jujur Lagi Ikhlas,

Hamba Allah
Selangor Darul Ehsan
Read more on this article...

Melayu Akan Mengemis Di Bumi Sendiri? (Part II)

Ada antara melayu bukannya lahir dari keluarga jutawan ataupun hartawan. Melayu ini bermacam-macam peringkat kehidupannya. Mereka ini terdiri dari yang kaya, miskin, bijak pandai, yang malas, yang samseng dan sebagainya. Mereka ini hanya menyambung salasilah nenek moyang mereka. Jika nenek moyang mereka berada dalam kelompok kaya ataupun hartawan. Secara automatiknya mereka juga akan menjadi kaya raya hasil dari kekayaan nenek moyang mereka. Jika nenek moyang meraka berasal dari golongan miskin, secara automatiknya mereka akan menjadi miskin kerana nenek moyang mereka miskin. Apa yang ada itulah mereka dapat. Melainkan mereka sedar dan berusaha untuk memajukan diri mereka dari kehidupan yang miskin lagi daif kepada kehidupan yang lebih baik dan sempurna.


Tetapi semua ini tidak datang bergolek kepada kita. Semua ini tidak akan turun dari langit kepada kita. Semua ini tidak dijanjikan yang kita mesti dapat apabila kita dilahirkan. Semua ini tidak mudah diperolehi oleh semua orang dalam sekelip mata.

Tetapi apabila mereka-mereka ini yang telah kaya ataupun telah dapat kesenangan dan kemewahan yang mereka perolehi hasil kesungguhan mereka, mereka telah lupa diri, mereka hanya mementingkan diri sendiri, bermegah-megah, menjadi tamak haloba dan berlumba-lumba untuk menambah kekayaan yang ada. Mereka telah lupa asal usul mereka, mereka tindas bangsa mereka sendiri, mereka sombong dengan bangsa sendiri, mereka mengasingkan diri mereka dari masyarakat orang melayu yang lain, mereka memperkecilkan bangsa mereka sendiri dan mereka tidak mempedulikan masa depan bangsa mereka sendiri malah mereka beranggapan masyarakat melayu hari ini kuno. Tidak sesuai dengan kehidupan mereka sekarang. Mereka berlaku kejam kepada bangsa mereka sendiri. Inilah yang dapat kita lihat hari ini. Mereka hanya memikirkan untuk menambah kekayaan sahaja. Meraka sanggup menutup peluang kepada orang melayu lain dan memberinya kepada bangsa asing ataupun membolot segala apa yang ada untuk kepentingan diri sendiri. Ini semua kerana wang dan kekayaan semata-mata. Rasuah dikalangan orang melayu sendiri sudah berleluasa, bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’. Walaupun mereka tahu ianya salah disisi agama dan undang-undang negara. Rasuah juga membuatkan mereka buta dan menjadi tamak haloba. Bangsa asing hanya mengunakan wang sahaja bagi mengaburi mata orang melayu. Mereka juga mampu memiliki apa sahaja mengikut kehendak mereka. Maka terlepas peluanglah orang melayu lain dan terbuka luas lah peluang ini kepada bangsa asing.

Bagi bangsa asing pula mereka sangat bersungguh-sungguh dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memajukan diri mereka walaupun mereka tahu peluang orang melayu di negara ini sangat besar dan kukuh berbanding untuk bangsa mereka di sini. Malah mereka saling bantu-membantu sesama mereka dengan memberikan peluang perniagaan dan bantuan kewangan kepada bangsa mereka sendiri tanpa memilih bulu. Mereka mendominasi dalam bidang-bidang tertentu dalam sektor ekonomi, perniagaan, pekerjaaan dan sebagainya, bagi memberi jalan dan peluang kepada bangsa mereka sendiri. Kita tidak boleh menyalahkan mereka dalam hal ini kerana mereka begitu bijak, berani dan mementingkan masa depan mereka dan bangsa sendiri. Mereka juga tahu asal dan ketuanan melayu di negara ini. Dan mereka juga tahu hak mereka dimana berbanding dengan orang melayu di negara ini. Tetapi hari ini mereka berhak mendapat apa yang telah mereka usahakan oleh generasi mereka sebelum ini. Mereka berusaha untuk mendapatkan hak sama-rata dengan orang melayu. Malah sekarang ini mereka begitu bangga menjadi rakyat malaysia di mana di sinilah mereka telah dapat segala-galanya berbanding dengan orang melayu yang masih terkapai-kapai dalam arus pembangunan negara. Saya percaya, jika masih di negara asal mereka, nescaya mereka mungkin tidak sehebat ini. Mereka juga tahu dan kita juga mengetahuinya yang orang melayu ini adalah mempunyai kuasa beli yang tertinggi di sini berbanding dengan bangsa lain. Mereka membuat keuntungan yang besar dari kuasa beli orang melayu itu sendiri.

Ada antara kita juga menyatakan walaupun jumlah bangsa lain dinegara ini terlalu kecil dibandingkan dengan jumlah org melayu di negara ini. Sebab itu statistik 18% penguasaan ekonomi bagi orang melayu ini menjadi kecil . Cuba kita banyangkan sejenak. Jika bangsa mereka yang jumlahnyer kecil tetapi ekuiti/taraf hidup mereka tinggi nescaya selepas ini anak-cucu mereka yang bakal mereka lahirkan secara automatiknya juga taraf hidup mereka juga akan lebih tinggi dan terjamin hasil dari kekayaan nenek moyang mereka pada hari ini. Apa bezanya 5,10,20 tahun akan datang. Dimanakah kedudukan anak-anak dan cucu cicit kita pada masa itu ? adakah mereka ini akan bertuankan bangsa asing di negara sendiri ataupun menjadi tuan di negara sendiri? Eloklah kita fikirkan sejenak, bermuhasabah diri dan merancang untuk meningkatkan taraf hidup kita sebagai orang melayu di negara sendiri.

...bersambung
Read more on this article...

Melayu Akan Mengemis Di Bumi Sendiri? ( Part I )


Saya bukanlah ahli nujum untuk menyatakan apa yang akan berlaku pada suatu masa nanti. Tetapi inilah hakikatnya bahawa Melayu akan menjadi pengemis di bumi sendiri pada suatu hari nanti, jika kita masih leka dan tidak berbuat sesuatu tindakan . Mengemis yang saya maksudkan disini bererti bangsa melayu akan terpinggir dan dianaktirikan di bumi sendiri, dan dimana bangsa-bangsa lain akan mendahului bangsa melayu dari pelbagai aspek seperti ekonomi, politik dan hak sebagai ketuanan di negara sendiri akan hilang dan terhakis.

Sehingga hari ini kita masih boleh bermegah dan berbangga kerana hari ini pemimpin-pemimpin tertinggi kita masih lagi orang melayu termasuklah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Raja dan Sultan yang masih memegang tampuk pemerintahan tertinggi negara. Adakah kita sedar hari ini hak-hak dan nasib kita seperti yang saya sebutkan diatas telah terhakis dan hampir tergadai dan terpinggir di negara sendiri?



Walaupun hari ini kita berbangga mempunyai pemimpin melayu yang berjiwa rakyat dan sangat sensitif akan keadaan bangsanya sendiri tetapi kenyataan mereka ini adalah dari segi zahirnya, tetapi dalamannya ataupun jiwa sebenarnya adalah sebaliknya. Mereka lebih mementingkan kuasa dan wang ringgit adalah menjadi keutamaan mereka ini. Mereka sanggup dijadikan boneka bagi sesetengah bangsa lain untuk tujuan tertentu. Mereka sangat mementingkan diri sendiri hingga lupa kedudukan serta kepentingan bangsa sendiri.

Dari segi ekonomi , jika saya tidak tersilap (jika tersilap sila betulkan kenyataan saya ini) bangsa melayu hari ini pegangan ekuiti orang Melayu dalam ekonomi masih berada di sekitar 18%. Siapakah mereka yang 72% ini? Usahlah kita memikirkan siapa yang 72% ini yang perlu kita fikirkan kedudukan 18% ini. Setelah negara merdeka hampir 51 tahun ini adakah bangsa melayu mampu menguasai ekonomi negara sebanyak 18% sahaja? Mengapa kita begitu perlahan dan lemah untuk meningkatkan jumlah peratusan ini. Bukankah kita masih menjadi tuan di negara kita sendiri. Bukankah bangsa melayu itu sudah beribu-ribu tahun menduduki tanah melayu ataupun bumi bertuah ini.

Tugas memajukan bangsa melayu ini sebenarnya bukanlah bergantung pada pihak kerajaan dan parti politik tertentu semata-mata, sebenarnya ia bergantung juga pada setiap orang melayu itu sendiri. Saya tidak cakap ataupun menidakkan yang parti politik (contohnya UMNO/PAS/PKR) langsung mengabaikan nasib bangsa melayu itu sendiri. Segala apa yang direncanakan ataupun dirancangkan oleh mereka-mereka ini untuk menaiktarafkan orang melayu itu sendiri seharusnya dipuji dan dibanggakan tetapi yang menjadi persolan utamanya adalah perlaksanaannya. Adakah ia betul-betul berkesan? Adakah kesan itu dirasai oleh kita semua sebagai orang melayu? Perlaksanaan inilah akan diambil kesempatan oleh mereka-mereka untuk kepentingan peribadi mereka dan tujuan politik mereka. Walaupun mereka dari kalangan orang melayu sendiri. Pelbagai langkah telah diambil dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi menggalakkan penglibatan orang melayu dalam sektor ekonomi di samping peluang ekonomi yang adil kepada bangsa lain. Ada juga sesetengah pemimpin kita yang sedar dan dengan rasa tanggungjawab ingin membantu bangsanya sendiri tetapi tugas dan tanggungjawab serta amanah yang telah diberi kepada se-setengah orang ini di salahgunakan untuk tujuan lain tanpa pengetahuan pemimpin tersebut. Dan ada juga segelintir orang melayu itu sendiri yang hanya berdiam diri dan tidak mahu melibatkan diri masing-masing dan merebut peluang ekonomi di negara kita ini. Mereka hanya pandai bercakap dan berangan-agan besar.

Dan terdapat juga pendapat mengatakan masalah ini berpunca dari sikap orang melayu itu sendiri. Antara sikap-sikap negatif orang melayu itu sendiri ialah seperti malas berusaha, pentingkan diri sendiri, hasad dengki, eksyen lebih, bodoh sombong dan bermacam-macam lagi. Bagi saya sifat-sifat sebegini bukan ada pada orang melayu sahaja, sebenarnya ini lah sikap-sikap negatif yang ada pada semua umat manusia di bumi ini. Diri sendiri sahajalah yang dapat mengenepikan sifat-sifat sebegini dari diri masing-masing. Siapa yang tidak mahu hidup senang? Siapa yang tidak mahu memiliki perniagaan sendiri? Siapa yang tidak mahu ada tanah, ladang ataupun rumah besar? Siapa yang tidak mahu ada wang yang banyak di dalam bank? Siapa yang tidak mahu ada kereta sendiri? Siapa yang tidak mahu kerja sebagai ekskutif ataupun pengurus yang dibayar gaji yang lumayan? Siapa yang tidak mahu ini semua. Semua orang mahu mendapatkannya. Semua orang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Bukan semua orang melayu hari ini yang dapat apa yang telah saya sebutkan diatas. Insyallah mungkin disatu hari nanti mereka ini akan dapat apa yang mereka kehendakkan asalkan mereka begitu bersungguh-sungguh mencapainya. Ini tidak mustahil. Yang pentingnya orang melayu mesti berusaha bersungguh-sungguh mencapai segala apa yang di cita-citakan dan diangan-agankan selama ini.

..... bersambung
Read more on this article...

Sunday, June 15, 2008

Pak Lah Punca Negara Bankrup



Apabila kerajaan mengumumkan secara mengejut kenaikan harga minyak baru-baru ini, berduyun-duyun kenderaan berbaris untuk mengisi minyak masing-masing. Semua stesen minyak penuh sesak dari awal petang hingga ketengah malam.

Dan apabila kerajaan mengumumkan pembayaran rebat untuk semua jenis kenderaan bermula sabtu (semalam) maka berduyun-duyun rakyat jelata sanggup berbaris untuk mendapatkan bahagian masing-masing. Masing-masing menunjukkan wang yang mereka dapat (seperti gambar di akhbar semasa). Riak wajah masing-masing begitu gembira sekali dengan durian runtuh ini. Mereka seperti berterima kasih pada Pak Lah yang memberikan duit tersebut. Kerajaan sanggup mengeluarkan berbillon ringgit dalam bentuk tunai ini untuk diberi kepada mereka yang layak. Ini sebagai hadiah kepada rakyat kerana kenaikan harga minyak yang begitu tinggi sebelum ini. Kerajaan berharap agar rakyat duduk diam dan jangan mempertikaikan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan pada hari ini.

Dapatkah duit ini meringankan beban rakyat? kalau untuk sebulan saya percaya duit ini dapat menampung kesusahan dan keperitan rakyat menangani kenaikan kos sara hidup rakyat di negara ini. Tetapi rebat yang diberikan ini adalah untuk tempoh setahun. Saya percaya dalam 2-3 hari sahaja duit ini akan habis dibelanjakan. Selepas itu bertambah susah dan meranalah hidup kita kesan kenaikan harga minyak ini. Kenaikan harga barang pada hari ini belum sampai ke kemuncaknya ia baru bermula. Tunggu sedikit masa lagi semuanya akan naik belaka.

Keputusan Pak Lah memberi rebat tunai kepada mereka yang mempunyai motosikal ataupun kereta ini adalah satu tindakan yang 'kurang bijak' ataupun 'idea bodoh'. Ianya hanyalah bersifat sementara dengan membazirkan wang rakyat. Walaupun wang ini di salurkan kepada rakyat (yang mempunyai motosikal dan kereta sahaja) secara terus dan rakyat akan menikmatinya hanyalah buat sementara waktu sahaja. Dan lagi bukannya keseluruhan rakyat dapat menikmati rebat tersebut. Sistem subsidi yang ada sebelum ini sudah cukup berkesan. Mengapa Kerajaan ingin beriya benar mengapuskannya dan mengantikan dengan pembayaran ribet tersebut? Benarkah negara akan bankrup sekiranya subsidi ini terus dibayar oleh kerajaan? Ya benar !negara akan bankrup di bawah Pak Lah dan bukan bankrup di bawah Tun Mahathir (jika beliau masih PM) ataupun dari mereka yang bijaksana.

Saya percaya jika negara kita ini ditadbir dan dipimpin oleh orang yang benar-benar layak dan tidak 'bodoh' seperti Pak Lah ini saya percaya negara kita mampu bertahan dan mempunyai mekanisma tertentu bagi menangani masalah tersebut. Pak Lah terlalu 'boros' membelanjakan wang rakyat tanpa memikirkan kepentingan negara dan rakyat. Wang rakyat diperuntukan berbillion ringgit untuk projek koridor yang dilaung-laungkannya. Wang rakyat juga digunakan bagi pembelian kapal mewah dan jet peribadinya semata-mata. Wang rakyat juga digunakan untuk membayar pampasan kepada kontraktor utama bagi projek-projek yang dihentikannya. Wang rakyat juga digunakan untuk mengubahsuai kediaman rasmi perdana menteri bernilai jutaan ringgit. Wang rakyat juga dibelanjakan untuk anak dan menantu hidup senang seperti sekarang ini. Wang rakyat juga dibelanjakan untuk memberi 'imbuhan' kepada orang-orang tertentu demi kepentingan politik beliau. Pastinya negara akan bankrup di bawah pimpinan Pak Lah. Sebab dialah negara akan bankrup dan saya percaya bukannya subsidi ini yang akan bankrupkan kerajaan kita.

Sebab dia lah pengakses duit dan hasil negara. sebab dia Perdana Menteri dan juga merangkap Menteri Kewangan. Dialah bertanggung jawab menjaga amanah dan wang negara kita. Dia boleh sewenang-wenangnyer membelanjakan wang tersebut ikut kehendaknya. Jika dia terus memegang jawatan ini, akan bankrup lah negara kita suatu hari nanti.

Dengan ini saya merayu kepada Pak Lah supaya meletakkan jawatan dengan kadar segera bagi mengelakkan negara kita ini bankrup ataupun muflis.

Read more on this article...

Friday, June 13, 2008

DBKL "Flip-Flop" Isu Kenaikan Meter Parking

Kelmarin saya menulis tentang isu DBKL Naikkan Kadar Letak Kereta Pusat Bandar. Kemudian Keesokkan harinya (12/8/08) di Utusan On-line dengan tajuk Kadar tempat letak kereta DBKL kekal. Kekal tapi caj tetap 80sen (setelah dinaikkan dari 60sen). Cakap tak serupa bikin. Dulu cakap (Sila rujuk disini ) perlaksanaan sistem "Pay and Display" ni cuma 60sen/jam dan dilanjutkan hingga 10.30 malam jer. Tak sebut pula pasal kenaikan kadar bayaran.

Buat Datuk Bandar Datuk Ab Hakim Borhan fikir-fikirkanlah nasib rakyat dan juga sentimen rakyat pada hari ini. Sistem yang ingin dilaksanakan ini masih boleh dikekalkan harganya, tidak perlu dinaikkan. Melainkan ada situasi menang-menang antara pihak DBKL dengan kontaraktor yang terlibat.
Read more on this article...

Tun Mahathir : Saya Tidak Akan Kembali Kepada UMNO Selagi Pak Lah Tidak Letak Jawatan



(Dipetik dari MStar Online - 12 Jun 2008)


KUALA LUMPUR: Selepas tiga minggu keluar Umno, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau "nampak gagal" dalam perjuangannya yang terbaru, tetapi tindakan ke atas beliau oleh kepimpinan parti akan membawa kesan terhadap Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

"Saya nampak gagal tapi saya percaya kesannya dalam pilihan raya akan datang kerana tindakan parti terhadap saya, ramai pengundi akan tolak BN," kata beliau dalam temu bual bersama mStar Online di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di sini.Ditanya mengenai peluang beliau berjaya dalam 'perjuangan' melawan kepimpinan parti kali ini, Dr. Mahathir berkata: "Mungkin tiada peluang, tapi tak apa."

"Saya dapat menunjukkan saya menentang. Kalau orang hendak kata saya salah, OK."

Bekas Presiden Umno itu keluar parti pada 19 Mei lalu. Isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang turut keluar Umno berada di pejabat Dr. Mahathir ketika sesi temu bual dengan mStar Online.

Kedua-dua mereka memegang nombor keahlian Umno 0000001 dan 0000002.

Umno dan BN buat pertama kali telah berhadapan dengan prestasi paling buruk dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

Ketika kepimpinan beliau, BN pernah kehilangan dua negeri iaitu Kelantan pada 1990 dan disusuli Terengganu 1999, yang ditawan semula tahun 2004.

Bagaimanapun dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, lima negeri jatuh ke tangan pembangkang dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikuasai pembangkang manakala majoriti dua pertiga dipegang BN di Dewan Rakyat juga dinafikan.

Sama ada yakin atau tidak akan mencapai kejayaan dalam usaha untuk mengubah kepimpinan Umno, kata Dr. Mahathir, apa yang penting ialah beliau menyuarakan pandangannya apabila tidak setuju dengan kepimpinan parti.

Dr. Mahathir, yang lantang bersuara dalam banyak perkara dan berhadapan dengan pelbagai isu sepanjang kepimpinan 22 tahun sebagai Perdana Menteri pernah dianggap sebagai pemimpin yang makin berpengaruh dan mantap apabila berhadapan isu-isu yang mencabar.

Menjawab soalan itu, beliau hanya berkata, "saya tidak tahu, kamu tengok sahajalah."

Dr. Mahathir juga mengakui beliau seolah-olah kelihatan seorang diri cuba membawa perubahan dalam Umno sejak keluar parti 19 Mei lalu.

Selain Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah, yang turut keluar secara terbuka ialah anak mereka, Datuk Mokhzani dan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

"Ya, nampak saya seorang diri, tapi ramai yang sokong, mereka tak ambil tindakan, tak berani ambil tindakan," katanya.

Tambah beliau, sehingga kini tiada pihak yang datang menemui untuk meminta beliau mengubah pendirian dalam soal tersebut.

"Saya duri dalam daging, sekarang sudah dikeluarkan, tak akan nak masuk balik," kata Dr. Mahathir dan menambah, beliau tidak akan kembali sama sekali ke Umno selagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Majlis Tertinggi Umno meskipun menerima keputusan keluar parti tetapi bersedia untuk menerima beliau jika Dr. Mahathir berhasrat untuk kembali semula.

"Dulupun, saya balik ke Umno apabila Tunku (Abdul Rahman Putra Al-Haj) sudah tarik diri (berundur). Inipun saya kata kalau Abdullah tarik diri, keluar daripada parti atau letak jawatan, saya masuk parti.

"Bagi saya, saya tiada pilihan, selagi ada Pak Lah, saya tak (akan) kembali," katanya.

Selepas tiga minggu keluar Umno, Dr. Mahathir berkata, keadaan tidak banyak berbeza.

"Tiada beza, bila saya ada dalam Umno selepas saya letak jawatan (tahun 2003), saya terus berada dalam Umno.

"Layanan kepada saya seolah-olah saya daripada parti lawan, saya disekat tidak boleh bercakap, tak boleh bertemu dengan orang Umno, menteri tak boleh jumpa saya, saya tak boleh jumpa menteri, kalau saya ada syarahan, ahli Umno tidak boleh hadir, ketua bahagian tidak boleh hadir.

"Jadi sekarang ini saya bukan ahli Umno, (keadaan) sama saja. Keadaan itu tidak berbeza," katanya.

Dr. Mahathir memberitahu, beliau memang bebas pada masa lalu tetapi orang tidak berani menemui dan masih tidak berani berbuat demikian.

"Sekarang ini pun tak berani datang jumpa, dia (mereka) takut. Hari ini (Selasa lalu) saya bercakap di Bankers Club. Walaupun ada ahli Umno jadi anggota Bankers Club, tetapi tidak hadir," katanya.

Ekoran itu, tambah beliau, jika situasi tersebut berterusan ramai akan tetap merasa kecewa dengan Umno dan akan menyokong parti lawan sehingga bakal membawa kepada kekalahan BN dalam pilihan raya akan datang.

Dr. Mahathir juga menyentuh mengenai UMNO dan pilihan raya umum ke-12 dalam blognya hari ini.



Read more on this article...

Wednesday, June 11, 2008

DBKL Naikkan Kadar Letak Kereta Pusat Bandar



Petang tadi saya menerima sms dari sahabat saya mengatakan caj parking di KL dinaikkan 20sen menjadikannya 80sen/jam. manakala luar bandar (selain KL) pula diturunkan 10sen, menjadikannya 50sen/jam. Dan menyedihkan lagi tempoh masa bayaran dilanjutkan dari 7.30 pagi hingga 10 malam - sebelum ini 8.00 pagi - 6 petang sahaja. Dan juga memeranjatkan saya caj parking tersebut akan dikira termasuk hari sabtu dan ahad (termasuk cuti umum). Segala kerja-kerja penggantian meter parking telah/sedang dilaksanakan. Kenyataan ini diumumkan oleh Datuk Bandar Datuk Ab Hakim Borhan hari ini.

Dalam keadaan rakyat tengan "trauma" dengan kenaikan minyak baru-baru ini, pihak pemerintah hari ini sekali lagi menambah sakit kepada rakyat dengan kenaikan caj bayaran parking pula. Apa kene mengena parking ngan kenaikan harga minyak pula? sungguh tidak logik! dalam keadaan kerajaan ingin memujuk rakyat dengan langkah2 penjimatan, hari ini dengan bongkaknya menaikkan harga caj parking pula (KL Sahaja), dan kemudian menyediakan peruntukan menukar meter-meter parking diseluruh kawasan KL. Bukankan ini satu langkah pembaziran dan menekan lagi hidup rakyat. Sepatutnya Kerajaan mengambil inisiatif supaya dapat mengurangkan beban rakyat yang mana kos sara hidup yang tinggi pada masa sekarang ini dapat diimbangi agar semuanya tidak tinggi belaka. Jika semuanya naik pada masa ini saya percaya kebencian rakyat kepada kerajaan juga akan NAIK. Bila kebencian rakyat sudah NAIK pada satu tahap maximum nescaya Kerajaan yang ada pada hari ini akan diturunkan secara paksa. Fikir-fikirkanlah.
Read more on this article...

Video Klip - Pak Lah Loni Tok Serupo Mulo


Read more on this article...

Tuesday, June 10, 2008

Pak Lah Yang Sedang Tidur












Read more on this article...

Sunday, June 8, 2008

Dr Mahathir's Biography


Read more on this article...

Thursday, June 5, 2008

10 Langkah Mengatasi Kenaikan Harga Barang...

Disini saya senaraikan langkah-langkah yang perlu kita ambil bagi mengatasi serta mengurangkan beban kita sebagai pengguna. Kadang-kadang kita sebagai hamba Allah mudah lupa diri dimana kita mengikut kehendak nafsu semata-mata. Padahal ini semua hanyalah sementara sahaja. Eloklah kita fikirkan masa depan kita dan masalah2 yang kita hadapi hari ini semoga ianya dapat menguatkan keimanan kita ke atasnya.

1. berhenti/kurangkan merokok - tukar ke jenama lebih murah
2. Kurangkan naik kereta, gunakan perkhidmatan awam ataupun motosikal (guna basikal lagi bagus)
3. Kurangkan pengunaan elektrik di rumah
4. Kurangkan pengunaan Handphone/telefon
5. Elakkan lebuhraya bertol
6. Tukar pengunaan Petrol ke Gas NGV untuk kenderaan
7. Berhenti dari membeli suratkhabar harian ataupun majalah - guna internet (jika ada)
8. Kurangkan aktiviti bersiar-siar atau melancong di dalam atau luar negeri.
9. Buat pekerjaan Part-time ataupun berniaga secara kecil-kecilan.
10. Berdoa kepada Allah semoga dimurahkan rezeki hambamu ini. Read more on this article...

Dialog Bersama Dato' Mukhriz - 8 Jun 2008 (Ahad)

TUAN/PUAN DIJEMPUT HADIR KE PROGRAM DIALOG BERSAMA DATO' MUKHRIZ
ANJURAN GABUNGAN TEKNOKRAT MERBOK

Read more on this article...

Kenyataan media Dato’ Mukhriz Mahathir mengenai pengumuman kenaikan harga runcit petrol

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN JERLUN DAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR

Saya rasa terkejut dengan pengumuman memeranjatkan yang dibuat Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kenaikan harga minyak mendadak dan tanpa amaran semalam, sedangkan kenyataan yang dibuat di dalam media massa hanya pada pagi kelmarin memberi amaran bahawa kenaikan tersebut hanya akan berlaku pada bulan Ogos. Pada pendapat saya, kita mesti mengambil tindakan yang bijak dalam mengimbangi keperluan rakyat dan kos harga minyak yang semakin naik. Kita perlulah mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencapai satu formula perlaksanaan yang sesuai buat semua orang; dan bukan secara terburu-buru.

Pada hemat saya, masanya amatlah tidak sesuai untuk tindakan ini diambil dengan cara ini, walaupun kita sedar masalah minyak global harus ditangani diperingkat negara juga.
Saya kira, lebih wajar kenaikan ini dibuat secara berperingkat mengikut jadual yang diumumkan terlebih dahulu, untuk mengelakan ketidak tentuan dan keresahan, seperti mana yang berlaku sekarang ini. Rakyat perlu masa dan peluang untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan yang begitu tinggi itu. Apapun, keputusan ini memberikan kesan kepada rakyat, termasuk golongan peniaga dan pedagang kerana ketidak ketentuan yang berlaku dan menyukarkan mereka untuk merancang perbelanjaan perniagaan mereka.

Kerajaan tidak harus mengunakan alasan masalah ini ialah masalah global kerana setiap negara mempunyai situasi dan keadaan berbeza. Apa yang berjaya ditempat lain, tidak semestinya berjaya untuk sistem kita. Kita mempunyai masalah dan cara penyelesaian kita sendiri. Sebagai contohnya, sewaktu Malaysia mengumumkan kawalan matawang dan modal serta Ringgit Malaysia ditetapkan nilai (peg) kepada US Dollar pada 3 September 1998, tindakan itu dikecam pelbagai pihak diperingkat dalam negara dan antarabangsa kerana dianggap tidak konvensyenal. Akhirnya, ianya terbukti berkesan kepada menyelesaikan masalah krisis ekonomi negara dan Malaysia sebaliknya menerima pelbagai pujian dan pengiktirafan kepada tindakan ‘diluar kotak’ tersebut.

Saya terkilan dengan kenyataan YAB Perdana Menteri sebelum ini mengesa rakyat untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup berbeza sebagai reaksi kepada kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang meningkat. Rata rata, rakyat dipendalaman, termasuk kawasan Jerlun yang saya wakili, menyara hidup secara ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Sejauh mana lagi mereka perlu menyesuaikan diri, setelah berlaku kos sara hidup yang dijangkakan meningkat pada tahap terlalu membebankan kepada golongan ini.

*Ikuti temuramah Dato’ Mukhriz dengan Astro Awani mengenai isu pengumuman kenaikan minyak mendadak

Petikan dari : http://bigdogdotcom.wordpress.com/ Read more on this article...

Minyak Petrol/Diesel Naik - Pak Lah Zalim



Keputusan kabinet Pak Lah semalam mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel diseluruh negara bermula 12.00 tengah malam tadi sangat mengejutkan dan mengerikan sekali terutama kepada mereka-mereka yang berpendapatan rendah dan yang miskin. Dalam mereka berkias-kias mengenai kenaikan minyak ini, sedang media-media masa hari-hari memainkan isu minyak ini seperti "kenaikan minyak dalam perbincangan", " minyak naik ogos?", "Subsidi minyak akan dihapuskan" - alih-alih semalam tepat jam 5 ptg pengumuman kenaikan harga minyak ini di umumkan oleh perdana menteri yang sangat jahil lagi bodoh mengenai ekonomi. Dia nampak seperti membaca teks-teks yang telah disediakan oleh penasihat-penasihat beliau yang begitu tidak cerdik lagi bahlol. Mereka mendapati inilah satu-satunya jalan terbaik bagi menangani kenaikan minyak di pasaran dunia. Sudah tidak ada jalan lain bagi mereka. Inilah keputusan "terbaik" mereka. Memang sudah terang lagi bersuluh Paklah TIDAK layak menjadi pemimpin kita pada hari ini. Pak Lah telah menzalimi seluruh rakyat dengan bebanan kos sara hidup serta inflasi yang cukup tinggi pada hari ini. Susulan dari kenaikan "Rasmi" harga Petrol dan Diesel ini maka harga barang2 pengguna serta perkhidmatan lain juga akan meningkat. semuanyer akan naik walaupun sebelum ini barangan penguna seperti minyak, telor, beras, bawang, tepung, dll sudahpun meningkat naik secara mendadak. Rakyat sudah cukup menderita dibawah kepimpinan PakLah. Ingatlah wahai PakLAh bahawasanya doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan segala-galanya. Amin. Read more on this article...