Monday, August 25, 2008

KEADILAN UNTUK SI BIADAP ?


ADIL bermaksud sama rata. Baru di katakan ADIL. Jika tidak sama rata maka itu TIDAK ADIL namanya. Kalau orang Melaka kata ‘cengelat’. Anda mesti pernah menonton cerita P. Ramlee dalam filemnya bertajuk ‘Nujum Pak Belalang’, bagaimana penyamun-penyamun tersebut membahagikan harta-hartanya untuk dibahagi-bahagikan sama rata diantara kedua-duanya. Namun masing-masing ‘cengelat’ ketika hendak membahagi-bahagikan harta tersebut. Sehinggakan sampai ‘kepala bapak’ masing-masing keluar dari mulut mereka kerana ketidakadilan membahagikan harta tersebut secara ADIL dan saksama diantara mereka. Akhirnya masih tetap tidak selesai membahagi-bahagi harta tersebut kerana salah seorang ‘cengelat’ dan masing-masing tidak percaya diantara satu sama lain.

Maklumlah kerana harta masing-masing akan ‘cengelat’ dan tidak jujur sesama manusia. Sebelum hendak pergi mencuri pelbagai syarat dan janji ditaburi supaya mereka ini jadi berani kerana ada kawan yang mengikutinya bersama. Tetapi selepas selesai dan dapat apa yang telah mereka curi, janji entah kemana malah berbalah sesama sendiri dan menjadi tamak haloba. Mungkin akan dibunuh seorang lagi tu supaya harta yang dicuri tadi akan menjadi hak mutlaknya seorang .

Inilah simboliknya cerita P. Ramlee ini dengan apa yang ingin saya ceritakan kepada anda semua dalam tajuk saya hari ini berjudul ‘Keadilan untuk Si BiaDAP?’. Keadilan di sini sebenarnya saya merujuk kepada Parti Keadilan Rakyat ataupun nama singkatannya PKR. Ataupun ‘Parti Kene Roket’. Dan Si BiaDAP ini pula saya merujuk kepada Parti DAP. Ini kerana Parti Keadilan Rakyat hari ini nampak begitu popular di kalangan rakyat Malaysia terutamanya dikalangan orang-orang melayu dan juga orang-orang india khususnya. Dan parti DAP ini pula telah berjaya di dalam sejarah menakluki negeri-negeri di Malaysia ini terutamanya di Pulau Pinang selepas PAP yang telah memperolehi Singapura daripada kita. Apakah selepas ini Pulau Pinang pula kan jatuh dan keluar daripada negara kita ini? Entahlah, kita tunggu dan lihat sahaja apa meraka ini ingin buat dan lakukan nanti kepada Pulau Pinang ini.

Jumlah bangsa cina yang menyertai ‘Parti Kene Roket’ ini amat kurang sekali berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Mengapa? Sebab mereka ada dua parti sahaja yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum cina ini iaitu samada MCA dan juga DAP. Mengapa Tian Chua (Bakal Menteri Penerangan) tidak menyertai antara parti MCA ataupun DAP? Agak pelik tindakan beliau memilih PKR ini samada kasihan kepada Sdr Anwar ataupun dia juga telah menjadi ‘mangsa’ Sdr Anwar ini kerana mukanya yang agak ‘jambu’. Hanya dia sahaja yang tahu jawapannya. Lagipun itu haknya untuk menentukan parti apapun dia boleh sertai asalkan berbaloi bagi dirinya. Ataupun jika ‘Parti kene Roket’ ini nanti dapat memerintah dan menjadi Kerajaan, orang-orang cina juga nanti akan mendapat faedah dan kepentingan mereka juga dapat di bela. Sungguh pandai permainan politik mereka ini.

Kenapa pula kaum india secara beramai-ramai menyertai ‘Parti Kene Roket’ ini? Mengapa mereka berpaling tadah kepada pemimpin ‘otai’ mereka iaitu si Samy dari MIC ini? Adakah si Samy ini sudah tidak ADIL lagi kepada kaumnya ini? Bukankah selama ini mereka betul-betul menyangi dan taat kepada pemimpin mereka ini? Bukankah dia ini juga sebagai ketua sami kepada sami-sami india yang ada di negara ini? Ataupun kerana selepas kemunculan Hindraf telah menyebabkan hilang kepercayaan orang-orang India kepada beliau . Mengapa pula Hindraf ini tiba-tiba muncul semata-mata untuk mempertahankan hak dan kuasa orang-orang india di negara ini seterusnya menyokong kuat parti PKR ini?

Tetapi yang nyatanya sokongan orang-orang india kepada Hindraf dan juga PKR ini telah bertambah dan kemungkinan semua orang-orang India akan menyokong PKR daripada mereka menyokong MIC (Barisan Nasional). Kerana apa? Kerana mereka mahukan ‘keadilan’ untuk kaum mereka. Hanya PKR sahaja yang dapat memenuhi hasrat mereka ini. Mengapa mereka tidak menyertai DAP? Bukahkah DAP ini juga boleh membawa keadilan kepada mereka selain ‘Parti Kene Roket’ ini? Mereka mungkin tahu DAP ini untuk parti orang-orang Cina dan Singh sahaja dan bukan khas untuk orang-orang india. Mereka perlukan orang melayu sebagai jambatan mereka untuk mencapai tujuan politik mereka ini dan berharap mereka akan mendapat keadilan yang sewajarnya nanti.

Siapa yang sanggup dan rela untuk menjadi ahli si biaDAP ini? Tentunya lebih kepada orang-orang Cina dan India. Adakah orang-orang melayu yang menyertainya? Mustahil orang-orang melayu akan memilih parti Si BiaDAP ini. Jadi mana-mana orang melayu yang sangat kecewa dengan kerajaan mereka sebelum ini, maka mereka akan ‘lari dari rumah’ dan memilih samaada parti PAS ataupun PKR ini. Cuma ada dua pilihan sahaja pada mereka untuk dijadikan ‘rumah baru’ mereka. Ataupun mereka tidak kisah samada PAS ataupun PKR ini, dan yang paling pentingnya kedua-dua parti ini sama iaitu ‘Pakatan Rakyat’. Mereka juga lupa parti biaDAP ini juga berada di dalam parti pakatan tersebut.

Maka setelah mereka (Pakatan Rakyat) telah mendapat kemenangan yang amat besar semasa Pilihanraya yang lepas maka dengan ini mereka telah sah menakluki negeri-negeri yang telah mereka tawan seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka yang menyokong dan mengundi Pakatan rakyat ini tadi bersorak gembira meraikan kejayaan mereka di merata-rata tempat terutamanya parti PKR dan si biaDAP ini yang pertama kali dapat memerintah negeri. Nampak mereka hari ini begitu bongkak dan takbur setelah mendapat kuasa dan sanggup membelakangi rakyat terutamanya tentang hak-hak orang-orang melayu. Nampaj mereka ingin bersikap ‘ADIL’ kepada semua orang tanpa mengira bangsa yang ada di sini.

Seperkara lagi, bukan sebahagian rakyat sahaja yang telah memberi sokongan penuh kepada parti PKR ini, malah termasuklah dari negara luar seperti Amerika Syarikat dan negara sekutunya yang lain. Mereka merasakan di Malaysia ini mengamalkan sikap ketidakadilannya terhadap Sdr Anwar Ibrahim. Mereka merasakan Sdr Anwar Ibrahim ini perlu mendapatkan pembelaan sewajarnya. Ini kerana bagi mereka pemimpin PKR ini tidak melakukan apa-apa kesalahan mengenai perbuatan liwat yang telah dilakukannya. Bagi mereka perbuatan ini juga adalah perkara biasa yang juga turut diamalkan oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Itulah sebabnya mereka marah dan beri amaran kepada kita berkenaan isu Anwar ini. Sungguh luarbiasa Sdr Anwar Ibrahim ini sehingga ‘orang luar’ sanggup mempertahankan dirinya kerana perbuatan liwatnya ini.

Mengapa mereka beriya-iya benar mempertahankan Sdr Anwar ini daripada mempertahankan Pak Lah yang hampir digodam oleh ahli-ahli UMNO sendiri ketika ini. Bukankah selama ini kita juga mempunyai hubungan baik dengan Amerika ini. Bukankah Pak Lah telah berkali-kali pergi berjumpa dengan Presiden Amerika sendiri dan nampak perhubungan mesra diantara mereka. Adakah Pak Lah telah dibenci oleh Presiden Amerika ini kerana telah mengaibkan Sdr Anwar ini ataupun mereka memakasa Pak lah untuk menyerahkan kuasa ke tangan Sdr Anwar Ibrahim ini.

PKR sebuah parti yang mesti ADIL dan Saksama kepada semua orang. Itu pasal 'orang luar' ini amat suka dengn 'orang ini'. Dan kenapa 'orang luar' tidak suka pada bekas Perdana Menteri sebelum ini iaitu Tun Dr. Mahathir kerana kelantangannya mengutuk 'orang luar' ini dan dalam masa yang sama beliau juga (Tun Dr Mahathir) sentiasa juga berlaku ADIL kepada semua rakyat yang ada di Malaysia ini ? Semasa pemerintahannya, selain mengutamakan kedudukan bangsanya, nyata keadilan beliau ini juga berpihak untuk bangsa dan agama lain juga yang terdapat di negara ini.

Dan juga bagi pendapat saya juga, ‘Parti Kene Roket’ ini juga hanya untuk menyokong dan mengembalikan kegemilangan ketuanya seterusnya membawa beliau ke puncak tertinggi pemerintahan negara ataupun kemungkinan suatu hari nanti 'orang ini' akan menjadi PRESIDEN MALAYSIA. InsyaAllah jika semua rakyat dan 'orang luar' menyokongnyer, maka beliau layak untuk menjadi PRESIDEN MALAYSIA. Supaya selepas ini tiada lagi sistem pemerintahan beraja, yang asyik campur tangan di dalam pentadbiran negara dan juga negeri. Kemungkinan campurtangan ini tidak ADIL kepada semua orang termasuk parti pakatan rakyat yang lain terutamanya parti DAP yang agak biaDAP ini.

Dan yang penting, mari kita renungkan disebalik kemenangan PKR ini di beberapa negeri (Tidak termasuk di Kelantan & Kedah), siapa yang memerintah dan mengusai sebenarnya Kerajaan Negeri ini? PKR, PAS ataupun si biaDAP ini? Walaupun ‘Menteri Kapla Besar’nya terdiri daripada orang melayu tetapi yang nyata lagi terangnya yang memerintah dan boleh membuat keputusan sebulat suara ialah si biaDAP ini. Menteri besar ini ibarat kerbau yang di cucuk hidungnya dengan tali dan dikawal oleh tuan kerbau itu tadi dari melarikan ataupun menghilangkan diri. Dan tuan kerbau ini akan mempergunakan kerbau tersebut untuk kerja-kerja hariannya dan juga untuk kepentingan beliau. Jika kerbau ini tidak mengikut arahan tuannya, mungkin si kerbau ini akan di pukul dan dihambat keliling kampung. Dan jika kerbau ini tidak boleh digunakan lagi mungkin si tuan kerbau ini akan menjual kerbau ini untuk dijadikan korban kepada orang-orang Islam ataupun kenduri-kenduri kahwin orang-orang melayu di kampungnya itu. Sungguh malang nasib kerbau ini tadi berbanding dengan nasib tuan kerbau ini tadi.

Mengapa perkara ini boleh terjadi dalam keadaan orang melayu sendiri berbeza pendapat dan bertelagah tentang ideologi politik diantara satu sama lain tetapi yang untungnya adalah si biaDAP ini. Ini bukan fitnah, inilah kenyataannya di Malaysia hari ini. Inilah kenyataannya tentang negeri-negeri yang di bawah kuasa pembangkang seperti Di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Siapa yang memerintah sebenarnya? Memang rakyat akui ‘Menteri Kapla Besar’ nya adalah orang melayu yang terdiri daripada ‘Parti Kene Roket’ ini dan juga dari parti PAS ini. Namun tak sampai 100 hari pemerintahan mereka, sudah timbul beberapa perkara yang kurang enak dan sedap untuk di dengar oleh rakyat jelata tentang keputusan-keputusan yang telah mereka buat terutamanya tentang kepentingan bangsa melayu itu sendiri.

Nampaknya sejak akhir-akhir ini beberapa isu berkait tentang kepentingan bangsa dan agama kita ini telah dipermain-mainkan oleh mereka demi mencapai dan matlamat politik mereka ini. Antaranya penganjuran forum oleh Majlis Peguam Malaysia berkenaan isu ‘kontrak sosial’ yang mempertikaikan hah-hak keistimewaan untuk bumiputera dan forum ‘memeluk islam’ yang baru-baru ini dianjurkan untuk mempertikaikan bidang kuasa mahkamah Syariah tentang mereka-mereka yang mahu keluar dari agama islam ini. Antaranya lagi isu membabitkan kuota pelajar asing di IPTA yang perlu dibuka kepada pelajar asing. Jika boleh mereka mahukan ‘keadilan’ untuk semua rakyat di Malaysia ini. Yang nyatanya ini semua adalah untuk menghakis dan menidakkan kepentingan dan keistimewaan kepada bangsa melayu dan juga islam amnya.

Apakah mereka yang menyokong dan menyertai ‘Pakatan Rakyat’ ini masih tidak sedar dan masih buat-buat tidak sedar lagi berkenaan isu ini. Adakah mereka benar-benar mahukan hak-hak keistimewaan orang-orang melayu ini hilang di tanah sendiri ataupun merelakan diri mereka menjadi hamba kepada bangsa asing yang sedang berusaha untuk menakluki dan menawan negara ini? Mungkin bagi mereka yang kaya dan ada kuasa tidak merasainya tetapi yang miskin dan golongan sederhana ini mungkin akan merasai kesannya kelak. Adakah mereka ini bodoh ataupun dungu? Ataupun mereka langsung tidak pernah menggunakan akal yang telah diberi oleh Allah untuk berfikir seterusnya dapat menyatakan kebenaran dan menidakkan yang batil. Bagi saya memang mereka ini bodoh dan jahil tentang tindakan mereka meyokong parti pembangkang ini terutamanya Parti PKR ini. Tapi hari ini mungkin mereka silap dan semoga akhirnya nanti mereka dapat kembali kepangkal jalan dan kembali bersatu-padu demi bangsa , agama dan tanahair tercinta ini daripada jatuh ketangan Si BiaDAP ini.

Dan kesimpulan saya tentang tajuk saya ini, saya amat sedih dan kecewa tentang apa yang telah dan akan terjadi tentang nasib dan hala tuju masa depan negara kita ini nanti terutamanya rakyat yang terdiri daripada orang-orang melayu sendiri. Dalam keadaan negara kita yang sedang dipimpin oleh seorang yang dikatakan yang amat lemah dan tidak bermaya di dalam mentadbir dan memerintah negara kita ini, ia sebenarnya telah diambil peluang oleh mereka-mereka yang berkepentingan untuk merampas kuasa yang ada ditangan kita sendiri. Mereka sanggup memperkuda orang melayu sendiri untuk mencapai matlamat mereka ini dengan apacara sekalipun.

Dan kerana wang, kemewahan dan kuasa yang telah diberi kepada orang kita ini, akhirnya nanti yang akan memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian sesama kita sehingga sanggup menyerahkan kuasa kepada mereka ini nanti. Mereka ini hanya mementingkan diri sendiri sahaja dari memikirkan nasib dan masa depan orang melayu sendiri. Dan hari ini juga kita dapat lihat perbezaan pendapat dan sesama kita bergaduh dan tidak ada persefahaman lagi terutamanya melalui ideolagi politik. Masing-masing tidak memikirkan apa kesannya yang bakal menanti sehinggakan sanggup menikam dan membunuh sesama bangsanya sendiri. Yang gembira dan sedang bertepuk tangan adalah orang asing yang sedang menyaksikan pertelingkahan antara kita ini. Mungkin esok akibat daripada pertelingkahan dan kejahilan kita sendiri, akhirnya terlaksanalah impian mereka ini untuk mengusai seterusnya dapat menjajah negara kita ini.

Sebelum saya akhiri tulisan saya ini marilah kita lihat dan simpulkan sendiri bagaimana negara-negara islam lain seperti Afganistan, Iraq, Pakistan, Indonesia (Timor Leste) dan lain-lain lagi telah berjaya mereka jajah dan kuasai. Ini semua akibat pertelingkahan dan perang saudara yang melanda negara mereka sendiri . Akibat konflik dalaman negera mereka sendiri mereka akhirnya berjaya ditawan dan seterusnya dijajah oleh orang-orang asing ini. Adakah kita mahu Malaysia pula selepas ini menjadi mangsa mereka? Dan kita jangan buat-buat lupa bahawa mereka ini (orang luar) sanggup melakukan apa sahaja, saya ulang ‘melakukan apa sahaja’ untuk mencapai niat dan cita-cita mereka untuk mengusai negara kita ini . Sekarang ini terpulanglah kepada kita sendiri untuk membenarkannya secara mudah ataupun mempertahankan bermatian-matian negara kita yang tercinta ini.

Dan akhirnya saya memohon maaf sekiranya tulisan saya ini menyinggung perasaan sesetengah pembaca blog saya ini dan mungkin mengatakan saya anti bangsa asing terutamanya kepada bangsa Cina dan India. Sebenarnya bagi saya, saya tetap menghormati mereka dan kehadiran mereka di negara ini. Saya juga mempunyai ramai kawan dan jiran-jiran yang terdiri daripada golongan mereka ini dan saling menghormati antara satu sama lain. Cuma yang saya risaukan dan takuti jika mereka ini nanti akan menjadi pemerintah tertinggi ataupun dapat mengusai sepenuhnya negara kita yang tercinta ini. Saya terlalu amat sayangkan negara ini yang mana nenek moyang kita dahulu bermati-matian berjuang dan mempertahankan negara kita ini daripada dijajah dan dikuasai oleh orang-orang asing ini. Dan saya percaya bahawa negara kita ini mestilah di tadbir dan diselenggarakan oleh bangsa kita sendiri dan bukannya mereka ini. Dan jika mereka ini berjaya mentadbir dan mengusai negara kita ini nanti, saya percaya buruk padahnya yang akan menanti buat mereka. Wallahualam.

1 comments:

Idham said...

adil bukan bermaksud 'membahagi sama rata'. ADIL maksudnya meletakkan sesuatu pada tempat yang betul. Contoh mudah: anda dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan, maka tidak boleh belikan mereka dua songkok hanya kerana mahu membahagikan sama rata tetapi perlulah meletakkan pada tempat yang betul dengan membeli songkok dan tudung.