Saturday, August 16, 2008

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH

"Bismillahirrahman nirrahim.
Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi… Wabillahi…. Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 haribulan 8 2008 ... (dibetulkan) 26 haribulan 6 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.

Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.”

Nampaknya cita-cita Sdr Anwar Ibrahim untuk memenangi pilihanraya kecil di permatang pauh seterusnya ingin menjadi Perdana Menteri mungkin agak sukar dan mungkin tidakakan berlaku sama sekali selepas Saiful Bukhari mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan petang semalam. Dengan pengakuan dan sumpah dari Saiful Bukhari ini telah menguatkan lagi fakta dan bukti bahwa memang benar dan betul tentang apa yang pernah dilakukan oleh Sdr Anwar Ibrahim ini berkenaan perbuatan liwatnya.

Saya percaya sebelum ini kita sebagai orang melayu dan juga beragama Islam amat sukar untuk menerima kenyataan bahawa beliau yang dikatakan seorang tokoh yang bakal akan memimpin negara suatu hari nanti memang dan sah melakukan perkara terkutuk yang dilaknati Allah ini. Mungkin hanya penyokong kuatnya sahaja yang mungkin masih tidak dapat menerima kenyataan dan mengatakan ini merupakan konspirasi politik daripada pihak Kerajaan. Ia juga bertujuaan untuk memburukkan nama dan seterusnya menidakkan Sdr Anwar Ibrahim ini menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mereka akan menafikan kebenaran ini walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk menyatakan Sdr Anwar Seorang Peliwat. Bagi mereka, perbuatan liwat yang telah dilakukan oleh ketua mereka ini tidak benar sama sekali dan merupakan satu fitnah untuk memburukkan pemimpin mereka. Apapun bukti seperti pengakuan sumpah Saiful ini pun mereka akan menafikan sekeras-kerasnya. Inilah sikap penyokong-penyokong setia yang begitu bodoh dan taksub kepada pemimpin yang mereka sayang dan cintai ini.Sebagai orang Islam mereka masih percaya kata-kata daripada ketua mereka yang munafik ini daripada mempercayai pengakuan sumpah Saiful ini dengan nama Allah.

Hari ini 16 ogos 2008, merupakan hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh. Apa agaknya situasi yang berlaku di sana dan bagaimanakah penerimaan masyarakat di permatang Pauh ini setelah mendengar sendiri pengakuan sumpah dari Saiful ini? Mungkin ada yang percaya dan mungkin ada juga yang masih tidak dapat menerima kenyataan ini dan kemungkinan juga saya masih percaya bahawa itu merupakan satu propaganda daripada Kerajaan untuk mengalahkan Sdr Anwar Ibrahim ini di Permatang Pauh. Mungkin juga da yang masih berbelah bagi dan menunggu apa reaksi dariapda Sdr Anwar sendiri.

Tetapi percayalah, sdr Anwar ini pastinya tidak akan mengakui akan kebenaran tersebut dan menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk menentukan akan tuduhan itu terhadapnya. Beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu dan berdolak dalih tentang tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. Beliau mahu para penyokong setianya yang bodoh dan jahil ini supaya tidak mempercayai akan pengakuan dan sumpah yang telah dibuat oleh saiful ini. Maka akan melompat-lompat dan ‘berparty’lah mereka ini untuk member sokongan yang tidak berbelah bagi untuk menjadikan pemimpin mereka ini sebagai Perdana Menteri yang mengamalkan perbuatan liwat ini. Mungkin bagi mereka perbuatan itu tidaklah seteruk menjadi seorang perogol, peragut, perompak, penzina dan sebagainya. Yang penting bagi mereka , pemimpin mereka ini patut dan layak memimpin negara ini.

Apalah bodoh dan bebalnya mereka-mereka ini sehinggakan memperakui seorang peliwat ini layak menjadi pemimpin mereka. Tidakkah anda masih ingat bagaimana bala yang diturunkan yang telah melanda kaum Nabi Luth yang mengamalkan hubungan sejenis yang dilaknati dan dimurkai oleh Allah s.w.t ini. Adakah peristiwa ini masih lagi tidak menjadi pengajaran dan pedoman kepada pengikut setia Sdr Anwar Ibrahim ini? Nauzubillah. Sedarlah wahai bangsaku dan rakyat Malaysia sekalian, bagi saya pemimpin sebegini tidak layak menjadi pemimpin kepada bangsa dan negara ini.

Maka wajib bagi kita menolak dan menidakkan Sdr Anwar Ibrahim ini mencapai cita-cita dan matlamatnya atas dasar kepentingan peribadi beliau sendiri dan bukannya demi agamanya, bangsanya dan juga negaranya. Dan wajib bagi Sdr Anwar Ibrahim ini bertaubat dan mengaku akan perbuatannya ini dan kembali kejalan Allah yang sebenarnya. Dan kepada para penyokong dan pengikut setia Sdr Anwar Ibrahim ini tolaklah dan jangan biarkan beliau ini memegang kuasa ataupun menjadi pemimpin tertinggi negara kelak akan dimurkai dan dilaknati oleh Allah s.wt. Wallahuallam.

0 comments: